Assalamualaikum
AMARAN:
PENULISAN INI MENGGUNAKAN BAHASA PASAR YANG SESUAI DIBACA UNTUK 13 TAHUN DAN KE ATAS.
Pada 27. Januari. 1991, tak silap aku masa tu pukul 10.30 pagi.. Tak pasti pulak hari apa.. Mungkin Jumaat ataupun Ahad.. Kalau Ahad, mesti waktu tu kartun DIGIMON telah pun mula bersiaran. (aku main agak jerk.. kalau salah jangan hempuk yer ) Nak kata kartun Sailormoon atau Dragon Ball, kedua-duanya bersiaran pada hari Sabtu.. Eh, kenapa pula tiba-tiba nak bercerita pasal kartun ni?
Baiklah, lepas saja aku lahir di atas tilam yang empuk serta katil yang kukuh di Hospital Besar Melaka, ibu bapa aku masa tu mesti sedang gigih memikirkan nama yang sesuai untuk aku. Agaknya lepas mengadakan undian SMS, kuiz dan sebagainya, maka nama yang diberikan kepada aku ialah Ahmad Fikri bin Ab. Rahman.
Hobi aku masa zaman kanak-kanak dulu memang banyak. Aku suka melukis, mewarna. Tapi kalau masuk pertandingan masa sekolah rendahg dulu, mesti tak pernah dapat tempat pertama. Sebab ada kawan aku lagi pandai mewarna dari aku. Kadang-kadang jeles jugak aku. Tapi aku tak putus asa. Aku tetap juga teruskan usaha aku bila masuk sekolah menengah. Alhamdulilah, ada juga rezeki untuk aku. Ha, lagi satu, aku suka main masak-masak masa zaman kanak-kanak. Hahaha. Aku ingat lagi, aku dan kawan-kawan aku selalu selongkar barang dari dapur rumah masing-masing, dan bawa ke belakang rumah aku untuk dimasak. Macam-macam kami ambil dari rumah. Contohnya ikan, tepung, garam, kunyit, dan macam-macam lagi lah. Pernah sekali tu, ada kereta jual ikan lalu di kawasan rumah kami. Kami tahan kereta tu, sematap-mata nak beli ikan seeokor untuk dijadikan bahan masak-masak. Adoyai.
Masa tadika dulu, ibu bapa kau hantar aku ke Tabika Kemas Felda Bukit Besar Kulai Johor. Macam-macam peristiwa berlaku. Aku sangat takutkan cikgu aku. Pernah sekali tu, ayah aku hantar aku kat tabika tu. Tapi aku rasa cemas dan cuak pada waktu tu sebab aku rasa hanya aku seorang sahaja yang tak pakai tag nama di baju aku. Aku dah bayangkan yang aku akan dipukul oleh cikgu aku. Jadi, apa yang aku lakukan:? Aku sanggup balik rumah jalan kaki sambil menangis. Hahaha.. Macam dalam drama korea rasanya. Dah lah rumah aku jauh. Gigih aku jalan kaki tu. Bila ingat balik, rasa macam kelakar lah pula.
Sekolah rendah pula, aku bersekolah di Sk LKTP (F) Bukit Besar. Dari darjah 1, sampai darjah 6. Aku ingat lagi, nama guru kelas aku masa darjah 1 dulu. Namanya Cikgu Norliza. Beliau suka main tarik-tarik bahagian tepi rambut murid. Pernah sekali tu, dia nak tarik rambut aku, tapi masa tu rambut aku botak. Kau tahu dia buat apa? Dia tampar muka aku.. Hahaha.. Mesti kamu semua fikir cerita aku tragis kan? Ala, biasa saja. Kena tampar tu pun, tak lah kuat sangat. Huhuhu...
Masa sekolah menengah pula, aku bersekolah di SMK Pasir Gudang 3. Aku bersungguh-sungguh teman kawan aku pergi ujibakat pertandingan menyanyi di sekolah aku. Tapi, tak sangka pula aku yang terpilih pergi peringkat akhir. Terpaksa menyanyi di hadapan perhimpunan. Sungguh segan waktu tu. Alhamdulilah dapat naib johan ( perlu ke cerita????)
Kenangan paling manis pula, bila aku dapat mewakili negeri Johor ke Pertandingan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Malaysia Airlines ke- 50 di Kota Kinabalu Sabah. Masa tu aku di tingkatan 2. Bila naik tingkatan 4 pula, aku pindah Melaka. Maka, aku habiskan masa SPM aku di situ. Pada tahun 2008, aku terlibat dalam dunia debat dan alhamdulilah pasukan aku berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Melaka Tahun 2008.
Zaman lepas SPM, sangatlah membosankan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku dapat tawaran jadi Juruwang di salah sebuah kedai buku di Masjid Tanah Melaka. Tapi aku tolak. Bermula bulan Mac pula, aku dapat surat ke PLKN Kem Lagenda Gunung Ledang Asahan. Pergh.. masa mula-mula tahu tu. Memang cuak teramat. Tapi, bila dah berada di sana selama 3 bulan, serius seronok. Sangat seronok! Aku cukup suka!
Sekarang, tika dan saat ini ( macam ayat sastera pula ), aku sedang duduk di kerusi yang terletak di Kolej Kediaman Ibnu Khaldun IPG Kampus Pendidikan Islam. Terus mengorak langkah untuk menggengan segulung Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Bahasa Melayu. Aku harap doa ibu aku dan doa kamu semua, mengiringi perjuangan aku di sini! Amin! :)

No comments:
Post a Comment